hallo

untuk kamu yang kesunyian , isi lah kesunyianmu dengan lawak dibawah . hehe . kalau terase jangan marah ye !

kapal terbang rosak

Tersebutlah kisah satu pasangan yg baru berkahwin. Sehari sebelum 
upacara akad nikah.... Emak pengantin lelaki menasihati anaknya.... "Nak apabila 
menghampiri isteri mu pada malam pertama....maka kamu harus kata ...Kapal terbang 
ingin mendarat". Emak pengantin perempuan pula menasihati naknya.... "Nak....bila 
suami mu berkata kapal terbang ingin mendarat... maka jawabnya... Lapangan terbang 
sudah sedia ". 
Hari yg ditunggu-tunggu pun tiba... Si suami tak sabar-sabar dan 
pabila malam tiba....hatinya berdebar-debar..... Dia mendekati si 
isteri lalu mengatakan "Kapal terbang ingin mendarat" Si isteri 
seperti tidak faham dan berkata "Saya penat bang ...mari kita 
tidur." Si suami hampa....namun dalam hatinya berkata..."Tak apa 
mungkin isteri aku malu....beri dia peluang kedua" 

Tiba malam kedua "Si suami mendekati si isteri dan bertanya lagi "Kapal terbang ingin 
mendarat." Malangnya si isteri masih tidak faham .... kerana suaminya ketika itu 
memegang surat khabar...dalam hatinya berkata... "Berita apa pula ini....Ah pedulilah 
kapal terbang mana nak mendarat pun... tak ada kena mengena dengan saya." Kemudian dia 
berkata kepada si suami "Sudah lah tu bang ....janganlah baca surat khabar 
lagi....mari kita tidur " Si suami hampa lagi.... tetapi dalam hatinya berkata "Tak 
apalah esok masih ada." 

Tiba malam ketiga ....Si suami sekali lagi dengan penuh harapan dan 
begitu pasti malam ini pasti aku dapat...lalu mendekati si isteri 
dan bertanya lagi "Kapal terbang ingin mendarat." Si isteri 
menjenguk ke arah luar jendela dan menggelengkan kepala sambil dalam 
hati berkata "Mana ada kapal terbang !!" Melihatkan si isteri 
menggelengkan kepala ....si suami hampa dan berkata dalam hati "Kejamnya 
isteriku....membiarkan aku menunggu selama 3 hari tapi masih enggan memberikannya 
kepada ku." Si suami dengan muka yg masam terus tidur tanpa mengajak si isteri. 

Keesokan harinya si isteri bertanya kepada ibunya "Ibu kenapa suami 
saya setiap malam berkata ...kapal terbang ingin mendarat?? Si ibu 
pun berkata "Apa yg kamu jawab nak ? Si anak berkata "Saya tidak 
jawab apa-apa... Si ibu berkata lagi...."Apa anak sudah lupa apa yg 
ibu nasihatkan tentang malam pertama....sepatutnya anak menjawab 
Lapangan Terbang sudah sedia.... sebagai tanda bersetuju " Oh saya 
lupa lah ibu....tak apa malam ini saya pasti akan menjawab dengan 
betul" 

Maka tiba malam keempat .....si suami seperti tidak menunjukkan apa-
apa tanda dia akan bertanya soalan yg sama. Malam kian larut ....si 
isteri tertanya-tanya....bilakah gerangan si suami akan bertanya.... 
Si isteri akhirnya berkata dalam hati "Mengapa harus aku tunggu 
lagi.... apa salahnya aku sendiri meng`offer' kan diri Lalu si 
isteri pun mendekati si suami dan terus berkata "Lapangan terbang 
sudah sedia", Si suami kerana terlalu geram dengan si 
isteri....dengan muka yg masam menjawab "KAPAL TERBANG ROSAK".

p/s;jangan salah faham ehh